-->

Terima kasih Ya Allah







۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

TERIMA KASIH YA ALLAH.

Seorang lelaki berusia 78 tahun tiba-tiba jatuh pengsan kerana semput dan keletihan lalu dipindahkan ke hospital swasta di Riyadh, Saudi dan memberikan bantuan oksigen untuk menyokongnya selama 24 jam.

Selepas beberapa jam, dia menjadi lebih baik, doktor memberikannya bil 600 Saudi Rial (RM660), maka apabila beliau melihat bil, dia mula menangis. Doktor memintanya agar tidak menangis kerana bil tersebut kerana ia masih boleh dirunding seandainya dia tidak mampu menjelaskannya.

Lelaki itu menjawab, “Saya tidak menangis kerana amaun dalam bil itu, saya mampu membayar semua wang ini. Saya hanya menangis kerana, hanya 24 jam menggunakan oksigen, saya perlu membayar SR600 sementara saya telah menyedut udara segar yang ALLAH berikan selama 78 tahun, dan saya tidak pernah membayar apa-apa. Adakah anda tahu berapa hutang saya kepada-NYA?” Doktor menundukkan kepalanya dan turut menangis.

Saudaraku sekalian, sudah berapa tahun usia yang kita lalui. Pernahkah kita terfikir betapa besarnya nikmat oksigen dan kita mendapatkannya tanpa membayar satu sen pun untuknya. Berapakah jumlah bayaran yang perlu kita bayar jika ALLAH menghantar bil untuk setiap oksigen yang dihirup. Namun berapa ramai manusia yang terlepas pandang akan nikmat ALLAH yang besar ini. Saat hilangnya nikmat itu, barulah terasa nilai dan harganya yang tidak terhingga. Maka jalanilah kehidupanmu dengan penuh rasa bersyukur dan berterima kasih kepada-NYA yang tak pernah melupakan kita walau sedetik.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Sumber : FB Ustaz Iqbal Zain

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulam

Related Posts

Post a Comment

Subscribe Our Newsletter